Iklim pantai barat marin Iklim_lautan

Iklim Pantai Barat Marin ialah sejenis iklim lautan yang bercirikan kecenderungan berkering seakan-akan iklim Mediterranean pada musim panas. Had ambang kerpasan minimum Köppen pada 30mm memberikannya tanda Cfb untuk kebanyakan zon ini. Iklim ini ditemui di pantai barat kebanyakan benua, khususnya di Barat Laut Pasifik di Amerika Utara, sepanjang sesetengah pesisir pantai Chile di Amerika Syarikat dan sesetengah pesisir utara Sepanyol di Eropah.

Untuk sebahagian besar setahun, iklim Pantai Barat Marin seiras dengan semua iklim lautan yang lain, iaitu biasanya mengalami keadaan lembap, mendung dan dingin, dan sekali-sekala menerima aliran udara artik yang lebih sejuk dari pedalaman benua pada musim sejuk. Bezanya, musim panas di kawasan beriklim Pantai Barat Marin adalah kering dan cerah. Kerpasan purata bulanan ketika bulan terkering di kawasan ini adalah di bawah 60 mm, iaitu bulan bermusim kemarau. Adakalanya, pengeringan ini sungguh ketara sehingga wajar digolongkan sebagai iklim Mediterranean mengikut pengelasan iklim Köppen-Geiger. Bagaimanapun, sebilangan pakar mengelaskan kawasan sedemikian sebagai bentuk kelainan iklim lautan, kerana ciri-ciri kelautan yang nyata ditunjukkan oleh kawasan ini untuk sebahagian besar setahun.

Bandaraya terkemuka yang beriklim Pantai Barat Marin

Rujukan

WikiPedia: Iklim_lautan http://www.bom.gov.au/climate/averages/tables/cw_0... http://www.climate-charts.com/Locations/t/TU17040.... http://www.weather.com/outlook/travel/businesstrav... http://www.weather.com/outlook/travel/businesstrav... http://www.weatherbase.com/weather/weather.php3?s=... http://www.weatherbase.com/weather/weather.php3?s=... http://www.uwsp.edu/geo/faculty/ritter/geog101/tex... http://www.epic.noaa.gov/epic/ewb/ http://dapper.pmel.noaa.gov/dchart/ http://www.niwascience.co.nz/edu/resources/climate...